Powered By Blogger

Thursday, September 30, 2010

impian (adalah aku yang hasilkannya)

Seharian Hafizi memacakkan dirinya dihadapan bingkai gambar besar yang terletak di satu sudut rumah banglo miliknya. Tiba-tiba hatinya mula tersentuh titisan air mata mulai mengalir. Barangkali ada sesuatu perkara yanb hiba kembali mengusik perasaanya. Bingkai gambar yang terpapar gambar arwah ibunya diamati olehnya. Isterinya dan pembantu rumahnya sibuk menyiapakan hidangan makan tengah hari mereka. anak-anaknya leka bermain di sebuah taman hasil cetusan kreatifnya bersama isteri.
“panggg…”
kedengaran Sesuatu benda yang diperbuat dari kaca jatuh singgah di lantai jubin banglonya. Hafizi rasa terkejut, fikiranya mula tak tentu peristiwa yang suatu dahulu pernah berlaku dalam hidupnya mula datang bertandang menggangu emosi dan perasaan tenangnya tadi.
***
“Dasar betina tak sedar diri,kau dah lupa ke?. Aku yang pungut kau dari rumah neraka yang kau agungkan tu berani kau cakap aku dayus , suami dayus yea mari sini kau. Nah ! ambil kau, ni baru dayus.”
Pak talib yang baru pulang dari tempat perjudian mensasarkan ibunya mak Timah mangsa ketidakpuasan hatinya. Gelas kaca yang sedia tersusun di atas meja usang di baling ke dinding. Satu bunyi tamparan kuat kedengaran dari lubang dinding bilik Hafizi. Hafizi tidak berdaya untuk menyekat angin kemarahan ayahnya. Tapi perasaan Hafizi pada malam itu tak seperti malam-malam yang sudah hari ini dia nekad untuk bertarung dengan angin kemarahan ayahnya itu. Dia gagahi kaki lalu melangkah keluar dari bilik kecil itu, buku pelajaran dibiar terbuka. Satu bunyi teriakan bergema.
“Jangan ayah apa salah mak?. Kenapa ayah buat mak macam ni”.
Hafizi menghampiri ayahnya baju buruk yang sentiasa di pakai ayahnya ditarik dengan kuat terkoyak sedikit kolar baju tersebut. Namun, apakah daya seorang budak yang berusia 13 tahun itu. Tubuh kecil Hafizi ditolak lalu rebah kepalanya terhantuk ke tiang seri rumah usang peninggalan neneknya itu.
“Ni sorang lagi kecil-kecil dah berani melawan aku ni ajaran si perempuan tak sedar diri ni lah. Padan muka, mampus kau!”
“Abang apa ni bang , anak kita bang ada darah bang tolong bang bawa ke hospital bang. Fizi, bagun nak”.
“Ah… peduli apa aku tu anak kau kau pergi bawak sendiri itulah balasan anak tak sedar diri. Satu kepala dengan kau”.
Pak Talib terus keluar dari rumah dan meninggalkan rumah. Sebelum keluar wang epuluh ringgit, di atas almari hitam yang diletakkan oleh mak Timah petang tadi di ambil sambil kedengaran ngomelan yang terkeluar dari mulutnya. Sambil itu Mak Timah memangku kepala Hafizi suasana agak panik seketika, mak Timah tidak tahu harus berbuat apa. Di baringkan tubuh kecil Hafizi diatas lantai yang bila-bila masa boleh roboh lantas bangun bergegas menuju ke dapur digapai bekas dan kain tuala good morning. Sedikit air diisi kedalam bekas dan terus dibawa keluar. Suara halus Hafizi yang menahan kesakitan kedengaran
“Mak, sakit…”
“Sabar Fizi biar mak tuang kepala kau tahan sikit ye. Anak mak kuat sabar”.
“Arghh…sakit mak, kenapa ayah buat macam tu mak?.”
“Sabar jea Fizi kan ayah kau selalu macam tu. Lain kali bila ayah tengah marah jangan kau masuk campur itu urusan kami.”
“Tapi mak Fizi dah tak tahan lagi dengan tindakan ayah yang selalu buat mak , Fizi jadi sedih dan kesal dengan tindakan ayah tu”
“Fizi, kan mak dah cakap. Dah diam berehat ye. Mari mak pimpin masuk bilik sikit je luka tu nanti esok baik la.”
Mak Timah memimpin Hafizi masuk kedalam biliknya. Dari riak wajahnya dapat dirasakan kesedihan yang ditanggungnya itu. Kerana serba kekurangan dia tidak dapat membawa Hafizi ke hospital. Kedaifan itu hanya dirinya dan tuhan sahaja yang tahu. Dia hanya mampu berdoa kepada tuhan agar panas baran suaminya itu hilang. Rasa bimbang menyelubungi benak fikiran Mak Timah, gusar kalau-kalau kecederaan yang dialami Hafizi teruk dan takut sesuatu yang tak terduga menimpa Hafizi. Mak Timah terlena disebelah Hafizi kokokan ayam dinihari mengejutkan Mak Timah dari lenanya. Cepat Mak Timah bangun lantas menyetuh kepala Hafizi.
“Ya Allah, deman anak aku ni. Panas kepala dan badan dia ni, hari ni apa-apa pun aku harus hantar Fizi ke klinik.”
Mak Timah berbisik sendiri, terlihat air mata luruh dari kelopak mata Mak Timah. Dia tidak tahu apa harus dibuat. Dia tidak terdaya. Sambil menanti fajar timbul di ufuk timur Mak Timah mengambil wuduk, dah melabuhkan dirinya di tikar sejadah. Selesai solat dia terdengar bunyi kaki melamgkah menuju ke bilik air. Hafizi menarik lesu tuala yang tersidai di sebelah pintu bilik air. Tubuhnya agak lemah tetapi dia tetap gagahi untuk bersiap ke sekolah. Mak Timah melipat telekung digulung di dalam sejadah dan bingkas bangun menuju ke dapur.
“Fizi kan deman tak payah lar kesekolah nak nanti tambah teruk demam tu.”
“Tak mak hari ni Fizi mesti ke sekolah, Fizi dah janji nak bantu cikgu Hadi membersih taman kat sekolah. Janji harus dikota mak, nanti apa pulak kata cikgu Hadi.”
Mak Timah terdiam seketika dia tidak membalas kata-kata Hafizi tadi. Dia sudah kenal dengan sikap Hafizi yang tidak suka mungkir janji. Hafizi bersiap-siap baju sekolah putih yang agak lusuh disarung kebadan, Mak Timah masuk ke dalam bilik Hafizi dan menghulurkan wang satu ringgit kepada Hafizi.
“Fizi ni jea yang ada jimat-cermat ye Fizi,jangan borus nak ye.”
“Mak tak pe lah duit yang mak bagi Fizi dua hari lepas masih ada Fizi simpan, mak ambik duit ni balik mak simpan ye nati boleh buat belanja dapur.”
“Ambik Fizi, duit upah mak basuh kain rumah Mak cik Som masih ada lagi nanti boleh la buat belanja dapur.”
“Baiklah mak Fizi dah lambat ke sekolah ni.”
Hafizi melangkah perlahan ke muka pintu tali kasut diikat satu-persatu. Mak Timah mengiringi Hafizi sehinggah ke muka pintu.
“Mak Fizi pergi dulu.”
Hafizi menghulur tangannya bersalaman dengan Mak Timah. Tangannya agak mengeletar. Sekali lagi suasana hening pagi bertukar hiba. Mak Timah terasa sedih mengenangkan peristiwa yang berlaku semalam sehinggakan anaknya menjadi mangsa. Satu persatu langkah diatur Hafizi untuk kesekolah yang terletak hanya satu kilomiter dari rumahnya jika melalui jalan pintas. Tidak samapai tiga piluh minit berjalan Hafizi sudah sampai ke sekolahnya. Dalam hatinya dapat merasakan pasti ada sesuatu yang akan menimpanya. Dipagar pintu sekolah ada seseorang menantinya. Gusar hatinya bila melihat wajah Saiful disitu. Sedang dia mengatur langkah ada satu jerkahan terdekar dari cuping telinganya.
“woiii… anak banduan kau kesini, nak pergi mana tu.?”
Hafizi mengikut sahaja arahan Saiful tanpa bantahan.
“Ye Ful ada apa.?”
“Apa Ful...Ful, nama aku Saiful. Aku pengawas kat sekolah ni suka hati aku lah nak buat apa dengan kau.”
“er…er…ye, Saiful ada apa.?”
Suara Hafizi agak menggeletar terkejut dengan jerkahan Saiful.
“Ni aku nak cakap kat kau, pesan kat si banduan tu kalau lepas berjudi tu jangan nak kacau periuk nasi orang ye, dah la mabuk. Memalukan je”.
“Ape maksud kau kacau periuk nasi siapa aku tak faham”.
“Semalam ayah kau tu datang kedai mak Siti sambil memekik telolong cakap pak cik Ah Sang curi duit dia, padahal dia yang curi duit Pak Cik Ah Sang.”
“woi.. kau cakap baik-baik ye.”
Hafizi rasa tercabar dengan kata-kata yang dikeluarkan Saiful, darahnya panas seketika hendak sahaja muka Saiful ditumbuknya.
“kenapa Fizi kau nak gaduh dengan aku?. Eh, tak payah la kan kau pulak yang masuk penjara. Dah kau blah dari sini menyampah betul tengok muka kau ni.”
Hafizi tidak mampu berbuat apa-apa di merasakan dirinya hanya kerdil. Hafizi juga merupakan pelajar yang berdisplin. Dulu sebelum ayahnya dimasukan kedalam penjara akibat tuduhan merompak dia disenangi oleh ramai orang termasuklah Saiful. Namun, selepas kejadian itu dia dipulau oleh kawan-kawan disekelilingnya. Hanya cikgi Hadi yang memahami rasa dan perasaan Hafizi bila di sekolah segala masalah dikongsi bersama. Pada hari itu Hafizi dan cikgu Hadi membersihkan taman disekolah. Hafizi bersiap-siap untuk pulang kerumah dalam perjalan pulang. Kedengaran suara orang memanggil-manggilnya.
“Fizi,Fizi tunggu saya boleh kita pulang sama-sama”.
Hafizi menoleh dari belakang dan kelihatan Salbiah sendang melambai-lambai tangannya kearah Hafizi. Hafizi berhenti seketika menanti Salbiah menhampirnya.
“Ooo… Sal saya ingatkan siapa tadi. Kenapa awak baru pulang ni kan dah setengah jam masa pulang berlalu”.
“saya tunggu awak lah nak bincangkan tentang kerja berkumpulan kita tadi”.
“Ya Allah sal kat rumah pun boleh nak bincang kan”.
“He…he…he, kenapa tak boleh kea sekarang?”.
“Ye la ayah awak sedang tunggu nanti apa pulak dia kata nanti”.
“Tak lah ayah saya tak de hari ni dia ke Bandar dengan mak”.
“Mak Som ikut sekali ye. Tak pe lah saya teman kan awak balik”.
Dalam perjalan pulang dari sekolah Hafizi tidak banyak bercakap. Tidak seperti biasa ia telah menimbulkan rasa tak senang Salbiah. Hafizi hanya menjawab sepatah sahaja bila ada soalan yang dikemukakan oleh Salbiah. Hafizi masih teringatkan kata-kata yang telah diucapakan oleh Saiful pagi tadi. Dalam hatinya adakah kata-kata itu benar atau hanya rekaan Saiful untuk menaikkan rasa marahnya. Setelah dua puluh minit berjalan Salbiah membelok kekiri masuk kelaman rumahnya, manakala Hafizi meneruskan perjalanannya. Demamnya semalam beransur pulih. Hafizi sememangnya seorang yang proaktif dan tidak suka ponteng sekolah selain seorang yang menepati janji.
***
Dalam kedinginan malam angin membiaskan rasa sejuk, titis hujan mulai turun membasah bumi. Hafizi sekeluarga menikmati juadah makan malam bersama. Walaupun hanya telur mata dan ikan kering sahaja Hafizi tetap makan dengan penuh selera. Selesai makan malam Pak Talib membuka silaannya dan bingkas bangun menuju ke gigi pintu.
“Ayah nak pergi mana?”
Kali ini Fizi memberanikan diri untuk menduga ayahnya.
“Suka hati aku lah nak pergi mana kau jangan menyibuk,kau tu budak hingusan lagi kan.?”
“Tak Fizi nak tanya ayah ni kenapa ayah buat kacau kat kedai Mak Siti semalam, Fizi malu ayah semua budak-budak sekolah memandang serong terhadap Fizi. Ayah mesti berubah kenapa nak malukan diri sendiri dan keluarga kita.?”
Pak Talib rasa tercabar dengan kata-kata tersebut ia membuatkan Pak Talib naik marah di membuka langkah besar menuju ke ruang dapur ditariknya tangan Hafizi sekuat hatinya. Mak Timah sekadar memerhati dan bersiap sedia untuk bertindak sekiranya Hafizi di apa-apakan oleh Pak Talib.
“Dasar anak kurang ajar, berani kau nak ajar aku”.
Pak talib membuka ikatan tali pinggangnya dan terus badan Hafizi terkena pukulan yang amat kuat. Hafizi meraung kesakitan. Mak Timah berlari sekuat hati menuju ke ruang tamu. Mak Timah cuba meleraikan tapi dia tidak berdaya. Malam itu kuat Hafizi dipukul Pak Talib. Hafizi nekad bangun dan lari dari api yang membara itu. Hafizi memakai selipar jepun yang tapaknya sudah berlubang, dia berlari meredah hujan lebat menuju kearah jalan besar. Pada ketika itu perasaannya terasa amat kesal dan sedih dengan apa yang berlaku. Apabila sampai di jalan besar dia menahan sebuah lori ayam yang menuju ke pekan. Nasibnya baik lori tersebut berhenti dan membawanya ke pekan. Surau dipinggir pekan dijadikan tempat untuknya berteduh dalam baju yang basah kuyup itu. Dalam surau tersebut ada beberapa helai kain pelikat, lalu diambilnya dan dia menukar pakaiannya yang basah itu tadi. Dalam kedinginan malam sayu itu ,Hafizi terlena sehingga dia tersedar apabila Pak Rahim bilal surau tersebut mengejutkanya agar bangun dari tidur. Hafizi bingkas bangun dan memerhati di sekeliling.
“Anak ni siapa.? Datang dari mana?.”
“Sa…sa…ya dari kampung Jelutong pak cik”
“kenapa anak tidur kat sini, anak ada masalah ke?.”
Hafizi mengangguk-angguk kepala member isyarat yang dia sedang dilanda masalah. Dan itulah sebabnya membawanya kemari.
“Baiklah anak pergi ambil wuduk dulu kiat sembahyang subuh dahulu nanti anak ceritakan segala masalah yang dihadapi oleh anak kepada pak cik ye.”
Sekali lagi Hafizi mengangguk, dan terus bangun dari tempat tidurnya itu menuju ketempat mengambil wuduk. Selesai solat berjemaah bilal surau tadi menuju kearah Hafizi.
“Anak pak cik bilal surau ni nama pak cik Rahim, nama anak apa?.”
“Saya Hafizi”.
“ooo… macam ni lah anak ikut pak cik balik rumah kita bersarapan bersama-sama sambil-sambil tu boleh anak bercerita tentang masalah yang anak hadapi ye”.
Hafizi mengikut sahaja kat-kata pak cik Rahim, rumah pak cik Rahim hanya terletak di belakang surau tersebut. Sesampainya dia di rumah pak cik Rahim Hafizi disambut mesra oleh isteri pak cik Rahim, Mak cik Kamariah. Hafizi selesa berada disitu. Dia dihidangkan dengan nasi goreng yang dibuat sendiri oleh mak cik Kamariah. Ketika sedang makan Hafizi telah menceritakan semua perkara yang berlaku. Pak cik Rahim dan Mak cik Kamariah rasa sungguh simpati dengan nasib yang diterima oleh Hafizi. Kebetulan pak cik Rahim merupakan salah seorang ahli jawatan kuasa rumah kebajikan Nur Kasih. Pak cik Rahim menbawa Hafizi ke situ. Disana Hafizi banyak menerima pendedahan dan menjalani sesi kaunseling. Dia rasa amat bertuah dipertemukan dengan pak cik Rahim.
Setelah tiga bulan berlalu Hafizi terasa rindu dan ingin pulang kerumah untuk menziarahi ibu bapanya. Dia sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang bakal melanda. Dalam tempoh dua jam perjalanan dari rumah Nur Kasih, rasa teruja dan rindunya membuak-buak terhadap ibunya. Dia berjalan lebih dua kilometer untuk sampai kerumahnya. Setibanya di perkarangan rumahnya dia melihat ada sebuah kereta polis dan ambulans. Orang ramai datang melihat apakah kejadian yang berlaku. Hafizi melihat satu bungkusan hitam yang diangkat anggota polis. Dia berlari menuju kearah bungkusan tersebut.
“Mak… mak jangan tinggalkan Fizi mak”
Hafizi meratapi dengan apa yang terjadi dia mengarahkan anggota polis itu meletakkan bungkusan tersebut. Belum sempat dia membuka bungkusan tersebut terdengar suara yang dirindui memanggil-manggil namanya.
“Fizi… mak ni nak”
“Mak !”
Dia berasa amat terkejut, dia melihat tangan ibunya digari. Perasaan sedih menyelubunginya. Dia mendapatkan ibunya lalu dipeluk tubuh kecil ibunya itu. Namun, pelukan itu hanya seketika sahaja apabila pihak polis memberikan arahan supaya emaknya terus dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Pada saat itu Hafizi rasa amat kesal dengan apa yang berlaku, baginya semua yang berlaku adalah berpunca dari tindakannya melarikan diri dari rumah. Keesokannya semua urusan pengembumian jenazah ayahnya dilaksanakan. Selesai urusan tersebut, Mak Som menceritakan semua perkara yang berlaku kepadanya. Kat mak Som mak Hafizi bertindak demikian apabila dia tidak tahan dengan tindakan yang dilakukan oleh ayahnya. Hampir setiap malam mak Timah menjadi mangsanya, dipukul dan disebab olehnya. Mak som mengetahui perkara tersebut apabila Mak Timah menceritakan semua perkara yang berlaku sehari sebelum kejadian. Mak Timah di dapati mengalami tekanan jiwa yang amat kuat dan menyebabkan dia menjadi ‘gila’. Pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti yang kuat untuk menjatuhkan hukuman terhadap mak Timah dan dia di masukkan ke hospital sakit jiwa di Tanjung Rambutan.
Sebulan selepas kejadian cikgi Hadi datang menziarahi Hafizi. Cikgu hadi datang menasihati Hafizi dan bersimpati dengan nasib yang berlaku. Pada hari tersebut juga Saiful dan Salbiah juga turut datang untuk menasihati Hafizi agar menyambung kembali pengajiannya. Hafizi berasa amat terharu dengan kedatangan mereka dan berjanji untuk meneruskan pengajianya. Semua tanggungan seperti yuran pengajian,urusan membeli buku dan pakaian sekolah ditanggung oleh pihak Persatuan Ibubapa dan Penjaga sekolahnya. Dia berasa amat bersyukur dengan pertolongan tersebut. Sepanjang pengajianya dia menjadi murid harapan di sekolahnya apabila memperoleh lapan A dalam peperiksaan SRP dan sepuluh A dalam peperiksaan SPM.
Nasibnya amat baik apabila mendapat tajaan MARA bagi melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran di universiti terkenal di Indonesia iaitu universiti Gajah Mada. Di saat mercu kejayaannya mula memucuk dia dikhabarkan oleh Salbiah yang ibunya telah meninggal dunia. Dia terasa bagaikan ada satu beban yang datang dan memghempapnya. Namun, itu adalah satu dugaan tuhan yang harus diterimanya. Dia meneruskan pengajiaannya sehingga tamat. Dan kembali ke Malaysia dan bekerja dengan kerajaan selama tiga tahun sebelum membuka klinknya sendiri. Semua impian yang dulu di impikan olehnya telah dicapai. Salbiah menjadi pilihannya untuk menjadi suri hidupnya. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
***
“Papa jom la mama dah panggil makan cepat la, along dah lapar ni papa”
Sapaan tersebut telah mengejutkan Hafizi dari lamunanya. Dia mengesat manic-manik jernih yang menitis dibirai wajahnya. Tangan along di pimpin dan mereka menuju ke dapur untuk menikmati juadah makan tengah hari. Dia amat bersyukur kerana Allah telah memberikannya sebuah keluarga yang bahagia. Kini impiannya hanya satu. Dia ingin mengekalakan hubungan harmoni tersebut dan mengelakkan bayangan hitam yang pernah menjadi titik sejarah hidupnya kembali bertandang dalam keluarganya.



-TAMAT-

Monday, September 20, 2010

impian(satu sinopsis untuk theory writing)

Sinopsis ( impian)

Cerpen yang mengisahkan impian seorang anak bekas banduan yang menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya. Hafizi (13 tahun) anak kepada pak talib tabah menempuhi hidup walaupun dia terpaksa menerima cacian dan hinaan dari rakan-rakan sekolah oleh kerana dia merupakan seorang anak bekas banduan. Impian nya hanya satu ingin mengubah hidup keluarganya dan keluar dari masalah yang dihadapinya. Hafizi juga terpaksa menghadapi karenah panas baran ayahnya. Hafizi dan ibunya seringkali menjadi mangsa ayahnya jika mengalami kekalahan dalam perjudiaan. Hafizi berasa tertekan dan menggambil jalan mudah dengan lari dari rumah. Pak rahim seorang tukang kebun telah menemui hafizi ketika remaja itu singgah tidur di sebuah masjid. Pak rahim telah menghantar Hafizi kerumah kebajikan. Disitu hafizi telah menjalani sesi kaunseling dan telah berubah dan ingin kembali rumahnya. Kembalinya Hafizi kerumahnya dia dapati orang ramai dirumahnya , disitu ada sebuah kereta polis dan ambulans satu bungkusan hitam yang menggandungi mayat diangkat keluar. Dia melihat tangan ibunya digari dan dibawa menuju ke kereta polis. Ketika itu dia sangat sedih dan kesal dengan tindakan yang telah diambilnya. Baginya masalah itu timbul apabila dia melarikan diri dari rumahnya. Ibunya didapati mengidap penyakit mental dan dirawat di hospital sakit jiwa. Kini hafizi nekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib keluarganya. Ahkirnya hafizi menjadi seorang doktor yang Berjaya. Namun disaat kejayaannya itu dia sekali lagi diuji apabila ibunya meninggal dunia semasa dirawat. Baginya itulah nasib yang harus ditempuhinya dan dia harus tabah menempuhi dugaan tersebut untuk mencapai segala cita-citanya. Itulah impian seorang insan yang bernama Hafizi.

Saturday, September 18, 2010