Powered By Blogger

Thursday, February 2, 2012

NOSTALGIK BICARAWARA

Nostalgik bicarawara
Zaim abdullah

Bersujud kepadaMu hiasan hati sebenarnya
Membuka lembaran hati bersama harapan
Memohon kurnia cahaya cintaMu
Pemberi pedoman hidup duniawi.

Dikala ambang gelombang terakhir
Mula menonjol apa yang harus ditonjol
Makin hayut si sampan ke muara lecak.

Kemana sampan itu akan berlabuh
Andai sungai itu makin tercemar
Sampah makin hari makin mengotori haluanya.

Sampan kian reput tanpa pedoman
Susuli sungai bernoktah dihujungnya
Kelibat si ikan-ikan bagai patung
Mampu berenang, siripnya rabak.

Angkara siapa, jika bukan kita
Baham segala noda-noda
Ratah semangat jua impian
Rosak dinding angan-angan
Pulau ini milik kita,
Air dari sungai itu yang mengalir
Namun isinya hampa
Salah siapa, usah kau bertanya.


.

PARI-PARI MALAM

Pari-Pari Malam.
ZAIM ABDULLAH

Dua mata perhati
Dunia ini sebenarnya semakin tua
Namun masih kita bergelumang dosa
Terhitungkah ia.
Wahai pari-pari malam
Datang kau berbisik suara madah mu
Membenamkan rasa syukurku
Ada rasa ingin sahaja dilupa.

Pari-pari malam
Datang hampiri ku
Bersyair merdu, mengajak aku bersama
Bersama menikmati syahdunya beradu
Nafsu dibias tanpa silu
Aku terus disitu.

Pari-pari malam
Tidak kau tahu balasaNya nanti
Kau bukukan kisah hidupmu dalam nafsuku
Kau coretkan namaku dialam mu
Bawa aku terbang kembara didunia mu

Pari-pari malam
Songsang hidupmu
Fikirku kau ingin kembali
Kembali menemui jalan yang abadi
Kau terus dalam dunia mu
Tidak takutkah kau akan azabNya nanti?.

Pari-pari malam
Katamu ingin kau kecapi manis hidupmu
Namun tanpa sedar pahit kau zahirkan
Tuhan pencipta mu.
Sedar lah wahai pari-pari ku…

TIBA MASANYA

Tiba masanya.
Zaim Abdullah
Dunia ibarat tempat berteduhnya kita,
Tanahnya lantai berdiri manusia
Berbumbung langit, sinarnya suria
Masih ada jiwa yang alpa.
Budi ditarah, lukanya mata
Sakti dicanang bukan kepalang
Dunia pentas lakon yang perlahan mengajak kita kesana
Tinggal masa kita memilih bahagia atau derita
Manusia sebenarnya tidak hina
Jalan yang dipilih menampakkan siapa kita
Tiba masanya kita akan terjerumus dalam dunia itu
Cuba kau buka mata dan rasa apa sebenarnya cinta hakiki
Apa ada rahsia disebalik kalimah-kalimah suci
Satu buku sakti penuh pengajaran isinya
Cuba kau Tanya lagi adakah kau amatinya.
Adakah kau fahami apa rahsia di sebalik ayat-ayat ini.
Tiba masanya
Kita akan kesana bersama ilmu dan iman
Adakah sudah cukup bekalan itu?
Adakah kita bersedia menghadapinya
Adakah juga kita benar-benar ingin berada disampigNya.

Friday, December 23, 2011

memori semalam

Memori Semalam. Zaim Abdullah.
SALMAH (monolog)
“Fahmi…Fahmi…Fahmi”
Terlalu banyak kenangan pahit yang aku lakukan terhadapnya. Dia insan yang sepatutnya menjadi insan yang teristimewa dalam hidupku. Aku musnahkan hidupnya, aku robek kegembiraanya… bodoh! Aku sangat bodoh. 29 november 1985 aku selamat melahirkan seorang bayi. Pada pagi itu Mak datang mendapatkan aku. Ku lihat wajah mak muram sekali. Hati tertanya apa yang berlaku!.
SALMAH
“Mak kenapa?, apa masalah, ada yang kena ke?”
EMAK SALMAH
“Mah mak harap kau boleh terima berita ini.”
SALMAH
“apa mak?”
EMAK SALMAH
“kau harus redha menerima ketentuaNya, bayi yang kau lahirkan adalah seorang bayi istimewa”
SALMAH
“hah!... apa mak.. tidak..tidak..tidak..tidak….”
SALMAH (monolog)
Aku cuba untuk menerimanya hadir dalam hidup aku, segala madu cuba ku telan. Namun ,Hempendu yang aku dapatkan. Aku tidak boleh menerima hakikat itu.

FAHMI
“ibu… Fahmi nak susu bu, Fahmi lapar”
SALMAH
“hamboi… banyak cekadak kau, nak susu kau buat sendiri”
FAHMI (monolog)
Ibu tak sayangkan aku dia biarkan aku kelaparan, menahan sakit sendiri. Sakit sembuh sendiri, mana kasih sayangnya. Aku kadang-kadang sangat cemburu dengan kawan-kawan yang lain yang mempuyai seorang ibu yang sangat sayangkan mereka. Tapi tidak aku… tidak aku.
FAHMI
“ibu… bila Fahmi dah besar Fahmi nak jadi doctor boleh fahmi rawat ibu”
SALMAH
“ah! Kau dah kenapa pergi…pergi sibuk je orang nak buat kerja kan aku hempuk baru tau”.
FAHMI
“ibu kenapa ibu?, ibu tak sayangkan fahmi?”
SALMAH
“kau dah kenapa?” buang tabiat ke?, dah-dah pergi kau dari sini”
FAHMI
“kenapa ibu?


SALMAH (monolog)
Dia memang buat aku sakit, sakit kepala,sakit hati. Dia tidak sedar aku membencinya. Aku tidak boleh menerimanya. Dia tidak boleh hadir dalam hidup aku. Hari itu tahap kemarahan aku sampai ke tahap maksimum. Aku letih mendengar pertayaanya. Ku ambil rotan di penjuru pintu rumahku. Terus ku pukul.
SALMAH
“nah! Ambil ni, rasakan sakit tak?”
FAHMI
“sakit mak.. sakit”
SALMAH
“puas hati aku”
FAHMI (monolog)
Sakit, badan aku sangat sakit, ibu pukul aku sebab maslah kecil. Aku dah minta maaf dengan dia tapi dia tetap pukul aku. Padahal kecil je silap aku. Sanggup ibu pukul aku kan. Kenapa dia buat begitu . dia benar-benar tak sayangkan aku. Ibu tak tahu ke Fahmi sayang kan ibu?. Atau ibu buat-buat tak tahu tapi dalam hati ibu, ibu sayangkan Fahmi. Tidak…tidak ibu betul tak sayangkan Fahmi. Semua keinginan Fahmi tak pernah ibu penuhi. Ibu kejam.
SALMAH (monolog)
Aku rasa masalah ini tak akan berlaku jika aku bersabar dan periksa betul-betul. Pada petang itu seorang budak datang kerumah aku dia menghantar buku milik Fahmi. Setahu aku itu buku kesayangan Fahmi, buku itu akan dibawa kemana sahaja dia pergi. Aku tak pernah ambil tahu apa isi kandungan buku itu. Kenapa hati aku rasa nak tengok sangat apa isi kandungan buku tersebut. Satu-persatu helaian buku itu aku amati. Macam-macam ada, ada sesuatu yang buat aku gelak, ada juga yang buat aku gembira membacanya. Tak tahu pula aku Fahmi boleh menulis dengan baik. Tapi persaan itu hilang dengan tiba-tiba, pada satu muka surat buku kesayangan Fahmi itu tertulis “IBU SELALU PUKUL AKU, IBU TAK SAYANGKAN AKU, AKU NAK BUNUH IBU AKU”. Buku itu aku terus campak ke arah meja.
SALMAH
“Fahmi… budak bertuah turun kau.
FAHMI(monolog)
Aku tak tahu kenapa ibu panggil aku. Aku terus bergegas turun kebawah. Tanpa aku betanya, “kenapa ibupanggil Fahmi”. Pipi ku ditampar bertalu-talu. Rotan singgah ke badan aku, baju ku ditarik. Aku pelik kenapa ibu buat begitu. Aku ternampak buku kesayangan aku ada dekat dengan penjuru meja. Aku cuba mengambilnya. Namun, ibu menhalang langkah ku. Aku tersadung lalu kepala aku terkena penjuru meja. Sakit, darah mengalir laju. Buku itu sempat ku ambil. Badan ku rasa lemah, disebabkan hentakan kuat barangkali. Ibu nampak cemas dia tarik aku kasar. Lalu aku dibawa ke hospital. Dalam perjalanan ke bilik kecemasan aku sempat menghulurkan buku kesayangan aku kepada ibu. Aku memberi arahan supaya ibu membaca pada halaman terakhir buku tersebut.
BABAK 4
FAHMI: Agaknya ibu benci aku. Apa yang aku dah buat hingga dia sanggup untuk memukul aku begini. Kau tengok badan aku ni… luka sana sini… sakit. Ibu tak sayang kan aku sanggup ibu buat begini.
SALMAH: Fahmi ibu harap Fahmi maafkan ibu, ibu tahu ibu telah banyak menyakiti Fahmi. Ya memang ibu benci Fahmi. Ibu pukul Fahmi. Ibu tak jaga Fahmi sebagaimana ibu-ibu lain.
FAHMI: ah! Ibu tipu. Ibu memang tak sayangkan Fahmi. Ibu jahat cuba jika ibu di tempat Fahmi apa yang ibu akan rasa jika ibu diperlakukan sebegini?
SALMAH: anak ibu budak yang baik kan. Anak ibu seorang yang pemaaf kan! Fahmi jangan ibu begini, jangan biarkan ibu terus hidup dengan rasa bersalah.
FAHMI: sudah lah ibu, ibu memang pandai berkata-kata. Manis dibibir sahaja. Apa lah darjat Fahmi untuk memaafkan ibu. Ibu, ibu Fahmi, ibu juga yang besarkan Fahmi…
SALMAH: tak Fahmi ibu benar-benar menyesal. Ibu janji ibu tak akan pukul Fahmi lagi yea sayang. Kali ni ibu betul-betul akan jaga Fahmi, ibu akan belai Fahmi macam Ibu-ibu lain. Itu janji ibu untuk Fahmi.
FAHMI: benar ibu tak bohong Fahmi? Benar ibu nak jaga Fahmi, benar ibu tak akan pukul Fahmi?
SALMAH: benar sayang, ibu janji.
FAHMI: ahh… ibu memang pandai berkata-kata. Pandai berjanji. Padahal ibu nak pukul Fahmi kan. Fahmi ingat lagi. Fahmi baru pulang dari sekolah terus ibu pukul Fahmi, Fahmi tak tahu salah Fahmi. Teruk Fahmi kena pukul kat ibu
SALMAH: sayang Ibu tak sedar, ibu tak segaja nak pukul Fahmi. Salah Fahmi juga kenapa Fahmi buat sesuatu yang bukan-bukan.
FAHMI: tapi ibu semua dah terlambat, lambat ibu, lambat.
SALMAH: Fahmi… Fahmi… nak pergi mana tu sayang.! Ibu silap ibu tak baca halaman itu Fahmi. ya Fahmi Ibu juga sayangkan Fahmi kita akan sama-sama kesyurga sayang.
FAHMI: kita jumpa disana ya ibu.
SALMAH: Fahmi…..Fahmi… fahmi

Sunday, October 30, 2011

kerja yang agak buat aku sakit kepala!

hai u all kepada mereka yang singgah kejap2 kat blog aku.. ape ni follow ar jangan ar singgah kejap-kejap derr...
ok cam ni minggu depan minggu yang agak mencabar bagi aku wyh?????? sebb minggu depan adalah dimana quiz datang melanda dan juga submit segala macam assignment yg paling buat aku sakit kepala adalah aku kene buat satu konsep/tema melalui lgu musical in the heights..
so aku pili ar tema RETRO auwwwww... pas tu fikir punye fikir ape pom xder kan so aku masih lagi dalam proses untuk merangka kerja-kerja aku ini. harap puan sabrina suka ngan tugasan aku ini. jadi xpayah ar aku nak susah hati kan....
arrr satu lagu quiz/test pyscho hari tu dah hantar assignment dia alhamdulillah tugasan aku n totan diterima oleh prof rosini harapan aku agar dah tak de masalah lg dah. xpayah aku nak buat dua tiga kali kan.. aku fikir aku nak berusaha lebih sikit ar semester ni yea larh aku tak mahu ketinggalan dari merebut gelaran ANUGERAH DEKAN weii.. satu lg aku mmg kejar populariti namun aku bukan yang jenis suka2 buat.. korang kena faham course yg aku ambil ni bukan calang2 course. sekarang kita tak lihat lagi masalhnya macam mane dengan nasib aku lepas gred nanti.. so i hope populariti ini bakal membantu aku untuk memperoleh kerja kelak... kan.. hihihihi!!!! aku pasti korang tergelak baca blog aku ni kan.. agak2 lar benda2 macam ni pom aku nak tulis dalam blog.... tapi bg aku ini amat penting untuk memastikan aku terus berjaya dan tak duduk di takuk yg lama kan.....

Saturday, October 29, 2011

konklusinya

hrmmm... lama jugak lah aku x menghadap blog ni
rasa dah tepu tak tahu dah aku nak updated apa kan.. tapi xpe aku akan cuba update sesuatu yg mampu untuk gembirakan aku.. hihihihi lagi pom mane ade follower yg nak follow blo aku ni hahahaha. satu lagi aku pom bukan suka sangat nak updated blog hahah biasalah aku ni busy banyak sgt kerja yang nak aku buat sometimes aku rasa nak menaip ni sgt ar malas. tapi xpea aku nak buat ar satu cerita ni..
harapan aku agar korang boleh ambil iktibar daripadanya..
1. aku xrasa ada orang yang suka sangat ngan perangai aku yang kadang2 agak gila ini
siyes aku cakap aku ni bukan yang suka skema2 sgt... dari raut wajahku yg chumel ini org boleh tahu aku xsuka @ dengan kata lain aku benci seseorang individu.
2. aku ni boleh baca isi hati orang sebenarnya sebab aku ada deria rasa ke-6 hahahaha
3. aku ni malas nak ambil port ngan masalah2 remeh pendek kata suka hati kau lar ko nak benci aku pom kan...
4. aku amat sayang family aku... :)
5. kawan2 sumber aspirasi aku untuk mengekspresi seni yang dengan tiba2 aku jatuh cinta terhadapnya
* arrr korang nak tahu ar tu apa yang aku jatuh cintakan...
-bukan dengan awek ar, aku jatuh cinta nagan bidang teater daaaa....
aku ni xlah hebat mana tapi aku ni seorang yang teliti... dan aku sangat suka bekerjasama denga individu yang boleh bagi komitment 100% dengan sesuatu kerja itu..
aku amat benci orang yang mengambil kesempatan diatas kesempitan orang lain. ye lah aku ni sedar aku susah so, aku fikir semua org susah taw,, even PM pom dia pon manusia gak kan dia mesti susah,, ye lar nak jaga kebajikan rakyat kau ingat senang ke jah.....
so dalam diri aku aku dah set yang xdea seorang manusia yg hidupnya senang semua susah tapi apa yang menyebabkan kita senang adalah daya usaha orang.. sbb tu aku paling benci ngan orang yang suka ambil kesempatan keatas orang lain. kita sebagai manusia seharusnya bijak untuk memilih sesuatu yang baik atau buru.. kita tak nampak kesannya dalam jangka masa yang pendek.. cube suatu hari nanti kita susah, aku sgt yakin xdea orng akan nak tolong kita yang suka ambil kesempatan ni... satu lagi aku tak suka sangta ngan orang yang berlagak alim lar kononnya.. tapi aku rasa diorang lagi buruk perangai... ada sorang tu aku tak ar kenal sangat dia tapi kenal lar sipi2 orang kat... suka sangat update status yang membayangkan dia ni sangat patuh kepada agama dan ALLAH. tapi masyALLAH dia ni seorang yg berkecenderungan terhadap kaum sejenis pendek kat dia ni GAY aku sangat tak suka dia ni... dia brilliant tapi tu lar akal pendek kan....
yang sorang lagi ni pompuan kawan rapat dia ar aku rasa tapi tak pernah lah aku tengok diorang bersama, maksud aku naik keta atau makan sama-sama.. yang ni lagi teruk korang tau.. yea alim ar kunon pakai tudung pergi sana sini.. tapi buruk perangai suka merokok n minum ARAK masyALLAH simpang malaikat 44 ar aku jumpa ngan dia.. dah lar sombong lantang berkata-kata tanpa memikirkan natijahnya kelak.. hrmmm ni lar dunia agak pelikk aku ngan orang macam dua individu ni.. kalau ada kuasa haliminan nak jea aku kenakan diorang ni depan orang ramai... failed...
ok cukup setakat ni jea dulu aku rasa tok' malam ni nanti aku sambung lagi ye bye2

Friday, October 21, 2011

MONOLOG DALAM MONODRAMA 'sesalan'

SESALAN
Karya: ZaimAbdullah.
BABAK 1
SALMAH:
“ Fahmi…Fahmi…Fahmi”
Dia anak aku ya anak aku, aku yang kandungkan dia. Aku yang melahirkan dia. Tapi kenapa aku terasa jauh, jauh dari cahaya mataku sendiri. Aku tak sayang dia, tidakku tatang dia sebagaimana ibu-ibu lain. Mengapa aku harus ada dia?. Ya Allah kenapa aku yang harus menanggung segala derita. Perit amat kurasakan. Tidakku tahan menanggung derita ini. Peristiwa yang pasti tidak aku lupakan, masih lagi bermain-main di mindaku. Teringat aku pada malam itu perutku sakit yang amat sakit tak dapat aku gambarkan. Suamiku aku kejutkan. sebenarnya Dia cemas dalam gembira, ya lah pengalaman pertama untuk menimang cahaya mata. Gembira dia, bag pakaian ‘baby’ dan aku dia ambil dari almari. Hmmm… tergesa-gesa dia memeriksa kalau-kalau ada kelengkapan yang tidak mencukupi. 29. November 1985 aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Aku rasa amat gembira akhirnya bayi yang ku kandung selama 9 bulan selamat aku lahirkan. Pagi itu emak datang kepadaku wajahnya Nampak sugul, hati bertanya mengapa agaknya emak begitu. Hari itu juga satu saat yang tidak dapat aku lupakan. Emak mengatakan anakku merupakan seorang bayi istimewa. Hati aku hancur, pedih dan sedih tika emak berkata demikian. Aku cuba kuatkan hati tapi aku gagal mengawal emosi ku. Aku menangis sekuat hati, kata-kata emak tidak aku endah kan. Bermain difikiran aku saat itu ingin sahaja buang bayi itu atau hantar ke rumah kebajikan. Aku cuba untuk merawat dan menjaganya. Tapi semakin lama aku bersama dia semakin benci aku melihat wajahnya, perilakunya membuatkan aku jelik.



BABAK 2
SALMAH
Pagi itu aku mengamuk. Fahmi tak mahu bangun untuk ke sekolah, puas aku kejutkan dia tapi dia tak mahu juga bangun. Aku memekik namanya sekuat hati, bantal yang ada di penjuru katil ku ambil lalu ku baling kerahnya. Terkejut dia terus bangun ambil tuala dan mandi. Puas hati aku. Aku mengomel sendirian “kau tu dah lah bodoh, kalau tak nak pergi sekolah bertambah-tambah lar bodoh kau.” Aku menuju kehadapan rumah untuk menyapu sampah. Tiba-tiba kedengaran sesuatu yang diperbuat daripada kaca jatuh. Aku bergegas masuk kedalam rumah. Perasaan amarah ku kian membuak-buak, budak sial tu pecahkan pasu kesayangan aku. Aku terus aku mengambil rotan yang tergantung berhampiran daun pintu itu. Lalu bilah rotan itu singgah ke badan Fahmi yang tidak berbaju itu.
FAHMI
Sakit, badan aku sangat sakit, ibu pukul aku sebab aku jatuhkan pasu kesayangan dia. Aku dah minta maaf dengan dia tapi dia tetap pukul aku. Padahal kecil je silap aku. Sanggup ibu pukul aku kan. Kenapa dia buat begitu . dia benar-benar tak sayangkan aku. Dia memang tak ada perasaan.! Sebenarnya Fahmi nak juga jadi macam kawan-kawan Fahmi ada ibu yang sayangkan mereka. Tapi ibu tak. Malah ibu pukul Fahmi. Mungkin Ibu tak tahu betapa sakitnya ibu buat Fahmi begitu. Kenapa ibu tak campak je Fahmi dan kenapa Fahmi yang harus menerima sumua itu. Ibu tak tahu ke Fahmi sayang kan ibu?. Atau ibu buat-buat tak tahu tapi dalam hati ibu, ibu sayangkan Fahmi. Tidak…tidak ibu betul tak sayangkan Fahmi. Semua keinginan Fahmi tak pernah ibu penuhi. Ibu kejam.
BABAK 3
SALMAH
Aku rasa masalah ini tak akan berlaku jika aku bersabar dan periksa betul-betul. Pada petang itu seorang budak datang kerumah aku dia menghantar buku milik Fahmi. Setahu aku itu buku kesayangan Fahmi, buku itu akan dibawa kemana sahaja dia pergi. Aku tak pernah ambil tahu apa isi kandungan buku itu. Kenapa hati aku rasa nak tengok sangat apa isi kandungan buku tersebut. Satu-persatu helaian buku itu aku amati. Macam-macam ada, ada sesuatu yang buat aku gelak, ada juga yang buat aku gembira membacanya. Tak tahu pula aku Fahmi boleh menulis dengan baik. Tapi persaan itu hilang dengan tiba-tiba, pada satu muka surat buku kesayangan Fahmi itu tertulis “IBU SELALU PUKUL AKU, IBU TAK SAYANGKAN AKU, AKU NAK BUNUH IBU AKU”. Buku itu aku terus campak ke arah meja, “Fahmi… budak bertuah turun kau.
FAHMI
Aku tak tahu kenapa ibu panggil aku. Aku terus bergegas turun kebawah. Tanpa aku betanya, “kenapa ibupanggil Fahmi”. Pipi ku ditampar bertalu-talu. Rotan singgah ke badan aku, baju ku ditarik. Aku pelik kenapa ibu buat begitu. Aku ternampak buku kesayangan aku ada dekat dengan penjuru meja. Aku cuba mengambilnya. Namun, ibu menhalang langkah ku. Aku tersadung lalu kepala aku terkena penjuru meja. Sakit, darah mengalir laju. Buku itu sempat ku ambil. Badan ku rasa lemah, disebabkan hentakan kuat barangkali. Ibu nampak cemas dia tarik aku kasar. Lalu aku dibawa ke hospital. Dalam perjalanan ke bilik kecemasan aku sempat menghulurkan buku kesayangan aku kepada ibu. Aku member arahan supaya ibu membaca pada halaman terakhir buku tersebut.
BABAK 4
FAHMI: Agaknya ibu benci aku. Apa yang aku dah buat hingga dia sanggup untuk memukul aku begini. Kau tengok badan aku ni… luka sana sini… sakit. Ibu tak sayang kan aku sanggup ibu buat begini.
SALMAH: Fahmi ibu harap Fahmi maafkan ibu, ibu tahu ibu telah banyak menyakiti Fahmi. Ya memang ibu benci Fahmi. Ibu pukul Fahmi. Ibu tak jaga Fahmi sebagaimana ibu-ibu lain.
FAHMI: ah! Ibu tipu. Ibu memang tak sayangkan Fahmi. Ibu jahat cuba jika ibu di tempat Fahmi apa yang ibu akan rasa jika ibu diperlakukan sebegini?
SALMAH: anak ibu budak yang baik kan. Anak ibu seorang yang pemaaf kan! Fahmi jangan ibu begini, jangan biarkan ibu terus hidup dengan rasa bersalah.
FAHMI: sudah lah ibu, ibu memang pandai berkata-kata. Manis dibibir sahaja. Apa lah darjat Fahmi untuk memaafkan ibu. Ibu, ibu Fahmi, ibu juga yang besarkan Fahmi…
SALMAH: tak Fahmi ibu benar-benar menyesal. Ibu janji ibu tak akan pukul Fahmi lagi yea sayang. Kali ni ibu betul-betul akan jaga Fahmi, ibu akan belai Fahmi macam Ibu-ibu lain. Itu janji ibu untuk Fahmi.
FAHMI: benar ibu tak bohong Fahmi? Benar ibu nak jaga Fahmi, benar ibu tak akan pukul Fahmi?
SALMAH: benar sayang, ibu janji.
FAHMI: ahh… ibu memang pandai berkata-kata. Pandai berjanji. Padahal ibu nak pukul Fahmi kan. Fahmi ingat lagi. Fahmi baru pulang dari sekolah terus ibu pukul Fahmi, Fahmi tak tahu salah Fahmi. Teruk Fahmi kena pukul kat ibu
SALMAH: sayang Ibu tak sedar, ibu tak segaja nak pukul Fahmi. Salah Fahmi juga kenapa Fahmi buat sesuatu yang bukan-bukan.
FAHMI: tapi ibu semua dah terlambat, lambat ibu, lambat.
SALMAH: Fahmi… Fahmi… nak pergi mana tu sayang.! Ibu silap ibu tak baca halaman itu Fahmi. ya Fahmi Ibu juga sayangkan Fahmi kita akan sama-sama kesyurga sayang.
FAHMI: kita jumpa disana ya ibu.
SALMAH: Fahmi…..Fahmi… fahmi
TAMAT