Powered By Blogger

Friday, October 21, 2011

MONOLOG DALAM MONODRAMA 'sesalan'

SESALAN
Karya: ZaimAbdullah.
BABAK 1
SALMAH:
“ Fahmi…Fahmi…Fahmi”
Dia anak aku ya anak aku, aku yang kandungkan dia. Aku yang melahirkan dia. Tapi kenapa aku terasa jauh, jauh dari cahaya mataku sendiri. Aku tak sayang dia, tidakku tatang dia sebagaimana ibu-ibu lain. Mengapa aku harus ada dia?. Ya Allah kenapa aku yang harus menanggung segala derita. Perit amat kurasakan. Tidakku tahan menanggung derita ini. Peristiwa yang pasti tidak aku lupakan, masih lagi bermain-main di mindaku. Teringat aku pada malam itu perutku sakit yang amat sakit tak dapat aku gambarkan. Suamiku aku kejutkan. sebenarnya Dia cemas dalam gembira, ya lah pengalaman pertama untuk menimang cahaya mata. Gembira dia, bag pakaian ‘baby’ dan aku dia ambil dari almari. Hmmm… tergesa-gesa dia memeriksa kalau-kalau ada kelengkapan yang tidak mencukupi. 29. November 1985 aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Aku rasa amat gembira akhirnya bayi yang ku kandung selama 9 bulan selamat aku lahirkan. Pagi itu emak datang kepadaku wajahnya Nampak sugul, hati bertanya mengapa agaknya emak begitu. Hari itu juga satu saat yang tidak dapat aku lupakan. Emak mengatakan anakku merupakan seorang bayi istimewa. Hati aku hancur, pedih dan sedih tika emak berkata demikian. Aku cuba kuatkan hati tapi aku gagal mengawal emosi ku. Aku menangis sekuat hati, kata-kata emak tidak aku endah kan. Bermain difikiran aku saat itu ingin sahaja buang bayi itu atau hantar ke rumah kebajikan. Aku cuba untuk merawat dan menjaganya. Tapi semakin lama aku bersama dia semakin benci aku melihat wajahnya, perilakunya membuatkan aku jelik.



BABAK 2
SALMAH
Pagi itu aku mengamuk. Fahmi tak mahu bangun untuk ke sekolah, puas aku kejutkan dia tapi dia tak mahu juga bangun. Aku memekik namanya sekuat hati, bantal yang ada di penjuru katil ku ambil lalu ku baling kerahnya. Terkejut dia terus bangun ambil tuala dan mandi. Puas hati aku. Aku mengomel sendirian “kau tu dah lah bodoh, kalau tak nak pergi sekolah bertambah-tambah lar bodoh kau.” Aku menuju kehadapan rumah untuk menyapu sampah. Tiba-tiba kedengaran sesuatu yang diperbuat daripada kaca jatuh. Aku bergegas masuk kedalam rumah. Perasaan amarah ku kian membuak-buak, budak sial tu pecahkan pasu kesayangan aku. Aku terus aku mengambil rotan yang tergantung berhampiran daun pintu itu. Lalu bilah rotan itu singgah ke badan Fahmi yang tidak berbaju itu.
FAHMI
Sakit, badan aku sangat sakit, ibu pukul aku sebab aku jatuhkan pasu kesayangan dia. Aku dah minta maaf dengan dia tapi dia tetap pukul aku. Padahal kecil je silap aku. Sanggup ibu pukul aku kan. Kenapa dia buat begitu . dia benar-benar tak sayangkan aku. Dia memang tak ada perasaan.! Sebenarnya Fahmi nak juga jadi macam kawan-kawan Fahmi ada ibu yang sayangkan mereka. Tapi ibu tak. Malah ibu pukul Fahmi. Mungkin Ibu tak tahu betapa sakitnya ibu buat Fahmi begitu. Kenapa ibu tak campak je Fahmi dan kenapa Fahmi yang harus menerima sumua itu. Ibu tak tahu ke Fahmi sayang kan ibu?. Atau ibu buat-buat tak tahu tapi dalam hati ibu, ibu sayangkan Fahmi. Tidak…tidak ibu betul tak sayangkan Fahmi. Semua keinginan Fahmi tak pernah ibu penuhi. Ibu kejam.
BABAK 3
SALMAH
Aku rasa masalah ini tak akan berlaku jika aku bersabar dan periksa betul-betul. Pada petang itu seorang budak datang kerumah aku dia menghantar buku milik Fahmi. Setahu aku itu buku kesayangan Fahmi, buku itu akan dibawa kemana sahaja dia pergi. Aku tak pernah ambil tahu apa isi kandungan buku itu. Kenapa hati aku rasa nak tengok sangat apa isi kandungan buku tersebut. Satu-persatu helaian buku itu aku amati. Macam-macam ada, ada sesuatu yang buat aku gelak, ada juga yang buat aku gembira membacanya. Tak tahu pula aku Fahmi boleh menulis dengan baik. Tapi persaan itu hilang dengan tiba-tiba, pada satu muka surat buku kesayangan Fahmi itu tertulis “IBU SELALU PUKUL AKU, IBU TAK SAYANGKAN AKU, AKU NAK BUNUH IBU AKU”. Buku itu aku terus campak ke arah meja, “Fahmi… budak bertuah turun kau.
FAHMI
Aku tak tahu kenapa ibu panggil aku. Aku terus bergegas turun kebawah. Tanpa aku betanya, “kenapa ibupanggil Fahmi”. Pipi ku ditampar bertalu-talu. Rotan singgah ke badan aku, baju ku ditarik. Aku pelik kenapa ibu buat begitu. Aku ternampak buku kesayangan aku ada dekat dengan penjuru meja. Aku cuba mengambilnya. Namun, ibu menhalang langkah ku. Aku tersadung lalu kepala aku terkena penjuru meja. Sakit, darah mengalir laju. Buku itu sempat ku ambil. Badan ku rasa lemah, disebabkan hentakan kuat barangkali. Ibu nampak cemas dia tarik aku kasar. Lalu aku dibawa ke hospital. Dalam perjalanan ke bilik kecemasan aku sempat menghulurkan buku kesayangan aku kepada ibu. Aku member arahan supaya ibu membaca pada halaman terakhir buku tersebut.
BABAK 4
FAHMI: Agaknya ibu benci aku. Apa yang aku dah buat hingga dia sanggup untuk memukul aku begini. Kau tengok badan aku ni… luka sana sini… sakit. Ibu tak sayang kan aku sanggup ibu buat begini.
SALMAH: Fahmi ibu harap Fahmi maafkan ibu, ibu tahu ibu telah banyak menyakiti Fahmi. Ya memang ibu benci Fahmi. Ibu pukul Fahmi. Ibu tak jaga Fahmi sebagaimana ibu-ibu lain.
FAHMI: ah! Ibu tipu. Ibu memang tak sayangkan Fahmi. Ibu jahat cuba jika ibu di tempat Fahmi apa yang ibu akan rasa jika ibu diperlakukan sebegini?
SALMAH: anak ibu budak yang baik kan. Anak ibu seorang yang pemaaf kan! Fahmi jangan ibu begini, jangan biarkan ibu terus hidup dengan rasa bersalah.
FAHMI: sudah lah ibu, ibu memang pandai berkata-kata. Manis dibibir sahaja. Apa lah darjat Fahmi untuk memaafkan ibu. Ibu, ibu Fahmi, ibu juga yang besarkan Fahmi…
SALMAH: tak Fahmi ibu benar-benar menyesal. Ibu janji ibu tak akan pukul Fahmi lagi yea sayang. Kali ni ibu betul-betul akan jaga Fahmi, ibu akan belai Fahmi macam Ibu-ibu lain. Itu janji ibu untuk Fahmi.
FAHMI: benar ibu tak bohong Fahmi? Benar ibu nak jaga Fahmi, benar ibu tak akan pukul Fahmi?
SALMAH: benar sayang, ibu janji.
FAHMI: ahh… ibu memang pandai berkata-kata. Pandai berjanji. Padahal ibu nak pukul Fahmi kan. Fahmi ingat lagi. Fahmi baru pulang dari sekolah terus ibu pukul Fahmi, Fahmi tak tahu salah Fahmi. Teruk Fahmi kena pukul kat ibu
SALMAH: sayang Ibu tak sedar, ibu tak segaja nak pukul Fahmi. Salah Fahmi juga kenapa Fahmi buat sesuatu yang bukan-bukan.
FAHMI: tapi ibu semua dah terlambat, lambat ibu, lambat.
SALMAH: Fahmi… Fahmi… nak pergi mana tu sayang.! Ibu silap ibu tak baca halaman itu Fahmi. ya Fahmi Ibu juga sayangkan Fahmi kita akan sama-sama kesyurga sayang.
FAHMI: kita jumpa disana ya ibu.
SALMAH: Fahmi…..Fahmi… fahmi
TAMAT

No comments:

Post a Comment