Powered By Blogger

Thursday, February 2, 2012

NOSTALGIK BICARAWARA

Nostalgik bicarawara
Zaim abdullah

Bersujud kepadaMu hiasan hati sebenarnya
Membuka lembaran hati bersama harapan
Memohon kurnia cahaya cintaMu
Pemberi pedoman hidup duniawi.

Dikala ambang gelombang terakhir
Mula menonjol apa yang harus ditonjol
Makin hayut si sampan ke muara lecak.

Kemana sampan itu akan berlabuh
Andai sungai itu makin tercemar
Sampah makin hari makin mengotori haluanya.

Sampan kian reput tanpa pedoman
Susuli sungai bernoktah dihujungnya
Kelibat si ikan-ikan bagai patung
Mampu berenang, siripnya rabak.

Angkara siapa, jika bukan kita
Baham segala noda-noda
Ratah semangat jua impian
Rosak dinding angan-angan
Pulau ini milik kita,
Air dari sungai itu yang mengalir
Namun isinya hampa
Salah siapa, usah kau bertanya.


.

PARI-PARI MALAM

Pari-Pari Malam.
ZAIM ABDULLAH

Dua mata perhati
Dunia ini sebenarnya semakin tua
Namun masih kita bergelumang dosa
Terhitungkah ia.
Wahai pari-pari malam
Datang kau berbisik suara madah mu
Membenamkan rasa syukurku
Ada rasa ingin sahaja dilupa.

Pari-pari malam
Datang hampiri ku
Bersyair merdu, mengajak aku bersama
Bersama menikmati syahdunya beradu
Nafsu dibias tanpa silu
Aku terus disitu.

Pari-pari malam
Tidak kau tahu balasaNya nanti
Kau bukukan kisah hidupmu dalam nafsuku
Kau coretkan namaku dialam mu
Bawa aku terbang kembara didunia mu

Pari-pari malam
Songsang hidupmu
Fikirku kau ingin kembali
Kembali menemui jalan yang abadi
Kau terus dalam dunia mu
Tidak takutkah kau akan azabNya nanti?.

Pari-pari malam
Katamu ingin kau kecapi manis hidupmu
Namun tanpa sedar pahit kau zahirkan
Tuhan pencipta mu.
Sedar lah wahai pari-pari ku…

TIBA MASANYA

Tiba masanya.
Zaim Abdullah
Dunia ibarat tempat berteduhnya kita,
Tanahnya lantai berdiri manusia
Berbumbung langit, sinarnya suria
Masih ada jiwa yang alpa.
Budi ditarah, lukanya mata
Sakti dicanang bukan kepalang
Dunia pentas lakon yang perlahan mengajak kita kesana
Tinggal masa kita memilih bahagia atau derita
Manusia sebenarnya tidak hina
Jalan yang dipilih menampakkan siapa kita
Tiba masanya kita akan terjerumus dalam dunia itu
Cuba kau buka mata dan rasa apa sebenarnya cinta hakiki
Apa ada rahsia disebalik kalimah-kalimah suci
Satu buku sakti penuh pengajaran isinya
Cuba kau Tanya lagi adakah kau amatinya.
Adakah kau fahami apa rahsia di sebalik ayat-ayat ini.
Tiba masanya
Kita akan kesana bersama ilmu dan iman
Adakah sudah cukup bekalan itu?
Adakah kita bersedia menghadapinya
Adakah juga kita benar-benar ingin berada disampigNya.